Petang tadi sambil tengah takde buat apa-apa, saya pun menukar-nukar lah canel kt TV mengharapkan ada cerita yang best. Sedang saya tukar-tukar canel, tiba-tiba satu rancangan ni telah menarik saya untuk saya menontonnya sebentar. Tak tahu kenapa. Mungkin Allah dah gerakkan hati saya untuk tengok rancangan ni kot...
Sedang saya khusyuk mendengar, orang yang menyampaikan cetusan-cetusan kata-kata itu telah mengeluarkan sebaris ayat yang begitu mendalam maksudnya sehingga membuatkan saya terfikir dan terus terfikir...

"...orang yang hatinya telah dicemari dengan titik hitam maka amat sukar baginya untuk memaafkan dan melupakan. Dan orang ini akan lebih menjurus ke arah untuk melakukan sesuatu perkara buruk agar dapat memuaskan hatinya..."
Lebih kurang begitulah apa yang disampaikan. Kata-kata itu telah membuatkan saya berfikir. Sukarnya untuk memaafkan dan melupakan kalau orang dah buat teruk pada kita. Namun begitu, persoalan timbul...kalaulah orang yang menyakiti kita datang nak minta maaf dan mengakui kesalahannya, adakah kita akan terus memusuhi, memaki dan mencaras habis-habisan sehinggalah puas nafsu serakah yang mungkin diapi-apikan oleh syaitan laknatullah? Satu persoalan yang wajar difikirkan.
Kesimpulannya, saya berpesan kepada diri saya sendiri agar saya memaafkan dan melupakan kesalahan orang kepada saya. Juga, Ampunilah saya kerana saya adalah hamba Allah yang sangat lemah dan tak lari dari kesilapan. Kepada sahabat handai, jika ada orang yang dirasakan membuat salah kepada anda, maafkan lah si dia atau mungkin dengar dahulu penjelasan daripadanya. Mungkin dengan penjelasan itu keadaan yang keruh akan kembali jernih. Janganlah terpedaya dengan pujukan dan rasukan syaitan laknatullah yang akan sering mengapi-apikan diri anda dalam apa jua keadaan sekalipun.
Wallahua'lam..

2 comments:
syaitan laknatullah ada juga bertopengkan manusia... suka mengapi2 kan...
begitulah saudara..syaitan sememangnya boleh menyerupai macam2..apa yg blh dilakukan, berserah. Biar masa dan keadaan yg menentukan. Allah lebih tahu. Walaupun diri kita tidak sempurna namun segala kesempurnaan itu hanya milik Allah. Siapalah kita nak menjatuhkan hukum yg sememangnya milik mutlak Allah pada org lain.
Post a Comment